Wednesday, March 16, 2011

NAFSU MUSUH YANG DICINTAI

Umat Islam sering memberi fokus kepada musuh zahir seperti Yahudi dan Nasrani.Ya,memang kedua-duanya musuh Islam ini sangat menyusahkan kita.Namun ada musuh lain yang lebih dasyat dan hebat angkaranya.
Musuh itu ialah hawa nafsu.Apabila kita gagal melawan hawa nafsu bererti mereka akan mudah melutut pada musuh2 zahirnya.Atau dalam erti kata lain,apabila kita gagal melawan hawa nafsu,kita akan mudah tewas oleh Yahudi dan Nasrani.

Nafsu terbahagi kepada 4 peringkat:
  • nafsu ammarah=.......Ammarah ertinya sangat mengajak kepada kejahatan.Ini adalah tahap nafsu yang paling jahat dan hina.Orang yang bernafsu ammmarah ialah orang yang berbangga melakukan maksiat.Bahkan dia buat promosi supaya orang lain ikut....(Jika dia tidak bertaubat,dia akan kuasai neraka dunia dan akan dicampakkan ke neraka kelak.)
  • nafsu lawwamah=.....Lawwamah bererti nafsu yang mencela.Orang yang mempunyai nafsu ini sedar bahawa dia sering terlibat dengan dosa.Dia menyesali dosa2 itu dan mencela dirinya.Namun,ketika dia berbuat dosa,dia seronok dengan dosa yang dilakukannya.Hanya selepas itu Barulah timbul penyesalan di hatinya.Hal ini tidak akan bertahan lama kerana dia akan mengulangi semula dosa yang telah dilakukannya.(Kedudukannya tidak selamat di dunia dan di akhirat.)
  • nafsu mulhamah=.....Orang yang mempunyai nafsu ini sudah mula mendapat ilham dan kebaikan di hatinya.Ada bisikan kebaikan yang sentiasa mendorongnya melakukan kebaikan.Orang di tahap ini sudah mampu meninggalkan nafsu lawwamah.Sebagai cara penyelesaian,dia mencari peluang dan ruang untuk membaiki dirinya ke arah yang lebih baik.(Walau bagaimanapun,nafsunya belum stabil.)
  • nafsu mutmainnah=........Seindah namanya,inilah nafsu yang diperolah berkat daripada mujahadah(melawan hawa nafsu) dan riyadah al-nafs(latihan diri)secara istiqamah(berterusan).Hatinya sudah tenang kerana nafsunya telah berjaya dijinakkan.Apa sahaja ujian Allah ditempuhinya dengan sabar dan redha.
Imam Al-Ghazali mengumpamakan nafsu itu umpama kuda liar.Jika ia tidak terdidik,maka kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya.Sebaliknya,jika kuda itu jinak,maka kuda itu dapat ditunggang mengikut mana hala tujuan.Begitulah nafsu,Jika dididik dengan betul ia beleh membawa kepada kebaikan.


1 comment:

izni :D said...

salam bunga harum ! hehe , hurm,saye rase lah un,saye kat cnie kot : nafsu lawwamah=.....Lawwamah bererti nafsu yang mencela.Orang yang mempunyai nafsu ini sedar bahawa dia sering terlibat dengan dosa.Dia menyesali dosa2 itu dan mencela dirinya.Namun,ketika dia berbuat dosa,dia seronok dengan dosa yang dilakukannya.Hanya selepas itu Barulah timbul penyesalan di hatinya.Hal ini tidak akan bertahan lama kerana dia akan mengulangi semula dosa yang telah dilakukannya.(Kedudukannya tidak selamat di dunia dan di akhirat.) ya Allah,takutlah kdudukn tak slmt dunia dn akhirat ..yea,byase lah un, after sye bt slh,ade rse mysal ..tp kdg2 ade suare taw yg mcm menidak2kan sumthin..den sye try sbrkn dri sye smle ..agk2 bisikn syaitan,ryte? YA ALLAH,mintak sgt djauhkn dri godaan syaitn ..doakan sye yewp! plis kat skowl,try bimbing sy ^^

Post a Comment

 
OriGiNaLLy dEsiGneD bY de OWNER