Saturday, December 31, 2011

t0p 10 na$y!D...^_^

Sejak akhir-akhir nie...gelombang k pop makin berleluasa....hmmm...sebenarnya x salah p0n nk minat tp mestilah ada hadnya,betul x?hmmm....bg ana,nasyid lg bez dari k pop...
Oleh itu,ana nak list nasyid yang bez..ana suka sangat dengar lagu nie....Penawar duka orang kata kan?


TOP 5!!!!!

  • Berjalan tanpa henti~Devotees
  • Sebelum mata terlena~Hijjaz
  • Hikmah kembara~Mirwana
  • Kau kawan,sahabat dan teman~Unic
  • Layar keinsafan~Mestica
ana harap yang ana list top 5 nie jg mnjd salah satu nasyid feveret antum sume...k..let's go to the next song!!!

  • Nur syahadah~Far East
  • Di hati~In team
  • Freedom~Maher zain
  • Satu tekad~Unic
  • Cuba~Aidil
banyak lagi lagu yang ana minat sebenarnya tp nie lah antara yang ana suka...harap antum sume sudi berkongsi nasyid lain dengan ana dan tinggalkan komen...Terima kasih kpd seorang mujahidah solehah,sodiqati ana,Yasirah Yusoff kerana memperkenalkan lagu nie kpd ana.Syukran jazilan jiddan ... ~ Antum sume boleh try travel blognya (winterprintercanon,blogspot.com)

Sekian,Wassalam...

Thursday, December 29, 2011

kurniaan-Nya




Assalamaualaikum kepada antum sume....asif jiddan lianna ana dh lama x update blog nie...hari nie ana nak cakap s0methng yg agak menarik.Ana harap antum sume dapat hayatinya bersama.Insya-Allah...

Sesungguhnya sebagai manusia yg hina dan kerdil
,kita pasti menginginkan yang terbaik dalam hidup kita bermla dari A - Z.betul x?kalau boleh kita nak kita cantik/kacak , pandai , tinggi and so on...Tapi tahukah kita apa yang Allah kurniakan pada kita adalah pemberian yang amat bermakna kerana itulah sebaik-baik kejadian.Mempunyai sepasang mata yang mampu melihat,sepasang telinga yang mampu mendengar,tangan yang bolah digunakan u
ntuk menulis,kaki yang mampu berjalan,hidung yang mampu menghidu dan
sebagainya..Ya Allah...betapa banyak nikmat kurniaan-Nya kepada kita...Sememangnya tak cukup untuk ana sebut sume...cell dalam badan kita masih banyak...SUBHANALLAH...Banyaknya...



Oleh itu,bersyukurlah dengan segala pemberian-Nya.Ingatlah bahawa bukan sume manusia sempurna.Pasti setiap insan mempunyai kekurangan.Kita,sebagai khalifah Allah hanya mampu berusaha untuk menyempurnakan diri
kita sebaik-baiknya...DAN usaha itu pasti akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang bernilai selaras dengan ibadah kita lillahi ta'ala.
Cuba antum berfikir sejenak...

~antum kata antum dah gemuk kerana dah tak muat pakaian.Bersyukurlah kerana itu bermaksud antum cukup makanan tapi bagaimana dengan keadaan mereka yg kelaparan di sana?

~antum kata antum malas belajar...letih...penat tp antum sume dah belajar dalam keadaan selesa jika dibandingkan dengan mereka yang terpaksa belajar di bawah terik matahari yg beralaskan pasir sebagai lantai mereka...
~antum bosan dengan permainan sekarang tapi mereka x mampu membeli permainan lain melainkan peperangan dengan tentera Israel yang kejam...
jadi,ketahuilah setiap kepahitan yang antum telan mengandungi 1001 kemanisan.Allah itu Maha Berkuasa...Allah pasti akan membela nasib insan yang sentiasa taat akan suruhan-Nya...
Insya-Allah...kita sume mampu menjadi ahli Jannah.AMIN.

Friday, December 16, 2011

QaLbi....^_^~




s0diqati,

Aku bangga melihatmu derita
dalam perjuangan,
Dari melihatmu ketawa
dalam kelalaian,

s0diqati,

Aku bangga mendengar tangisanmu
kerana pengorbanan,
Dari melihat tawamu
dalam pengkhianatan,

Aku bangga andai dikau
mati di medan kebenaran,
Dari hidup dalam kesesatan,

Kerana jangan lupa s0diqati....

Muliamu bukan pada pangkat
dan harta....Tapi
kerana ISLAM.


Thursday, November 3, 2011

Buktikan cinta kita....

Assalamualaikum kepada sume readers.apa khabar?ana mintak maaf sebab sudah lama ana x update ana punya blog.ana harap anda sume dalam keadaan sihat sejahtera di bawah rahmat-Nya.Insya-Allah...

@@@@@@@@

Betulkah kita cintakan Tuhan kita?Adakah kita mentaati segala perintah-Nya?Kita semua ada jawapan masing-masing.Cuba kita jelajah diri kita.Sewaktu laungan azan dilaungkan,"Allahuakbar,Allahuakbar",apakah reaksi kita?Tinggalkan aktiviti yang kita sedang buat?Masa tu kita sedang tonton televisyen.lagi hebat episod akhir cerita kegemaran kita!
Eish!!!!mana satu nak pilih nie...?Berbondong-bondong syaitan datang menhampiri kita....Di sini bermulalah peperangan untuk membiktikan cinta kita kepada Allah.Kekasih kita sedang mengajak kita untuk berjumpa dengan-Nya...maka bersegeralah.Tinggalkanlah semua aktiviti yang ada dan bersegeralah bersujud kepada-Nya...Buktikanlah cinta kita dengan menunaikan solat di awal waktu.Sesungguhnya banyak manfaat yang akan kita peroleh.Allah sentiasa mengingati hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya....

Wednesday, June 1, 2011

hayatilah...

Pesanan Imam Al-Ghazali:

  • Jika bertemu dengan kanak-kanak,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka tidak mempunyai dosa lagi.
  • Jika bertemu dengan orang tua,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka lebih lama beribadat.
  • Jika bertemu orang jahil,jangan anggap kita mulia kerana mereka melakukan dosa dengan tidak mengetahuinya sedangkan kita melakukan dosa dalam keadaan tahu.
  • Jika bertemu dengan ulama,anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka telah banyak mempelajari ilmu dan mengamalkannya.
  • Jika bertemu dengan orang kafir,bisikkanlah di dalam hati,"Ya Allah,berilah hidayah dan petunjuk kepadanya agar dia dapat memilih agama yang sebenar iaitu Islam,dan beroleh keredhaan-Mu.

Wednesday, March 16, 2011

NAFSU MUSUH YANG DICINTAI

Umat Islam sering memberi fokus kepada musuh zahir seperti Yahudi dan Nasrani.Ya,memang kedua-duanya musuh Islam ini sangat menyusahkan kita.Namun ada musuh lain yang lebih dasyat dan hebat angkaranya.
Musuh itu ialah hawa nafsu.Apabila kita gagal melawan hawa nafsu bererti mereka akan mudah melutut pada musuh2 zahirnya.Atau dalam erti kata lain,apabila kita gagal melawan hawa nafsu,kita akan mudah tewas oleh Yahudi dan Nasrani.

Nafsu terbahagi kepada 4 peringkat:
  • nafsu ammarah=.......Ammarah ertinya sangat mengajak kepada kejahatan.Ini adalah tahap nafsu yang paling jahat dan hina.Orang yang bernafsu ammmarah ialah orang yang berbangga melakukan maksiat.Bahkan dia buat promosi supaya orang lain ikut....(Jika dia tidak bertaubat,dia akan kuasai neraka dunia dan akan dicampakkan ke neraka kelak.)
  • nafsu lawwamah=.....Lawwamah bererti nafsu yang mencela.Orang yang mempunyai nafsu ini sedar bahawa dia sering terlibat dengan dosa.Dia menyesali dosa2 itu dan mencela dirinya.Namun,ketika dia berbuat dosa,dia seronok dengan dosa yang dilakukannya.Hanya selepas itu Barulah timbul penyesalan di hatinya.Hal ini tidak akan bertahan lama kerana dia akan mengulangi semula dosa yang telah dilakukannya.(Kedudukannya tidak selamat di dunia dan di akhirat.)
  • nafsu mulhamah=.....Orang yang mempunyai nafsu ini sudah mula mendapat ilham dan kebaikan di hatinya.Ada bisikan kebaikan yang sentiasa mendorongnya melakukan kebaikan.Orang di tahap ini sudah mampu meninggalkan nafsu lawwamah.Sebagai cara penyelesaian,dia mencari peluang dan ruang untuk membaiki dirinya ke arah yang lebih baik.(Walau bagaimanapun,nafsunya belum stabil.)
  • nafsu mutmainnah=........Seindah namanya,inilah nafsu yang diperolah berkat daripada mujahadah(melawan hawa nafsu) dan riyadah al-nafs(latihan diri)secara istiqamah(berterusan).Hatinya sudah tenang kerana nafsunya telah berjaya dijinakkan.Apa sahaja ujian Allah ditempuhinya dengan sabar dan redha.
Imam Al-Ghazali mengumpamakan nafsu itu umpama kuda liar.Jika ia tidak terdidik,maka kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya.Sebaliknya,jika kuda itu jinak,maka kuda itu dapat ditunggang mengikut mana hala tujuan.Begitulah nafsu,Jika dididik dengan betul ia beleh membawa kepada kebaikan.


Wednesday, December 22, 2010

CinTa YanG HALAL(^ ^)

Assalamualaikum kepada "ABDULLAH" sekalian.Syukran kerana sudi melawat blog ana.Sebelum tu,ana nak mintak maaf coz ana dah lama tak update blog...

Sekarang ana ingin ceritakan satu kisah yang memang menyentuh perasaan(ana la...orang laen ana x tau).Kisah ni lebih best dari segala n0vel yang pernah ana bace...
Ada la se0rang muslimah ni,kehidupannya sentiasa dalam keadaan yang tenang,warak 0rangnya,cantik,baik budi pekerti...b0leh dikatakan cukup lengkap pakej ciri-ciri wanita solehah...

Nak jadi ke ceritanya,orang cantik mesti ramai peminat!!Maka berebut-rebutlah para muslim ingin jadikannya suri di hati mereka...Haaa.Ingat senang ke nak petik bunga mawar yang sedang mekar di TAMAN LARANGAN??Bukan senang tau...Bermacam-macam cara dah dilakukan untuk menambat hati muslimah ni....tp x berjaya jg....

Tapi kan,yang berebutkan muslimah ni semuanyerr alim2 belaka...Hantar sms dakwah la...macam2 gaya ada...sehinggakan...

Assalamualaikum,
ana harap mesej ini jauh dari segala zina hati dan diredhai oleh Allah..
ana x tahu macam mana nak cakap tp ana ingin memetik bunga yang sedang mekar di taman larangan...
Ana harap anti dapat mempertimbangkan permintaan ana...
Daripada_*^$@_!%.


Itu baru salah satu mesej yang diterima oleh muslimah tu...ada banyak lagi.Nak tahu x apa yang dilakukan oleh muslimah?Dia tolak semua lamaran tu walaupun se-alim mana muslim tu kerana katanya"CARA TERSEBUT TIDAK MENGIKUT SYARIAT ISLAM"

ALLAHUAKBAR!!!
Dipendekkan cerita,adalah seorang muslim ni berjaya mengetuk hati muslimah ini...
Tertanya-tanya x p0wer apa yang dipakai 0leh muslim ini sampai berjaya memikat hati muslimah?tidak lain tidak bukan ialah berbaik-baik dengan ibu bapanya.

HAAA...cara ni la baru betul...Sekarang mereka sudah dikurniakan 2 0rang cahaya mata,Alhamdulillah...
Kepada pembaca sekalian,carilah cinta yang diredhai oleh Allah iaitu cinta yang halal...



 
OriGiNaLLy dEsiGneD bY de OWNER